Thursday, August 27, 2009

Why Worry,That's My Own Affair?


Sudah setahun aku tidak mendengar khabar darinya..
Ya,setahun sudah..
Tetapi rasaku setahun itu tidak lama dan aku percaya baginya pun tentu begitu juga..
Maklumlah kami bukannya pasangan kekaseh yang saling mencinta,yang sering merasa lesu menunggu setahun..
Kami hanya kawan biasa sahaja..
Ya,kawan biasa sahaja..

Setahun memang tidak lama.Ini memang benar..
Tetapi dalam setahun itu rasaku banyak hal-hal yang dapat diperkatakan..
Umpamanya tentang perubahan diri kami pada waktu yang akhir-akhir ini..
Mungkin ia menarik atau tidak untuk didengari..
Maseh ingatkah saudari kali pertama
dan terakhir kita bertemu ..?
Sungguh aku amat jarang sekali dapat bertemu dengannya terutama sekali sejak dia melanjutkan pelajaran ke seberang laut..United Kingdom nama negaranya..

Tentu seronok dia berada disana..
Berdasarkan dari gambar-gambar yang diambil dari negara penjajah itu..memang cantek..
Secantek dia yang maseh bertudung walaupun di negara orang
Setiap malam aku menantikan "buzz" yahoo messenger darinya..
Aku tahu dia sungguh sibuk dengan pelajarannya..kerjanya..
Mungkin aku maseh lagi tidak faham erti sibuk ketika itu..
Ya..aku maseh lagi berfikiran begitu..

Kini dia telah pulang ketanah air..
Pulang dengan jayanya dan bakal menjadi seorang guru..
Aku dengar dia akan dihantar mengajar di Sabah..
Aku masih lagi tidak berpeluang bertemu dengannya..
Kalau semasa kecilku dulu aku sudah berbesar hati apabila menerima gula-gula kapas daripada ayahku,maka sebesar itu jugalah hatiku bilamana mendapat khabar berita darinya..

Aku maseh lagi disini..
Ya,maseh lagi tercari-cari identitiku yang tidak tahu kemana hala tuju..

Kini aku sudah melanjutkan pengajian ku sepertimana yang dia nasihatkan kepadaku dahulu..
Hanya di ibu kota negara kita sahaja..Universiti Kuala Lumpur namanya..
Aku akan menghambakan diriku disini selama tiga tahun..mungkin juga empat..
Tidak ada satu jiwa dan kuasa yang boleh menandingi kuasa Tuhan..
Aku amat berharap aku dapat lagi berjumpa dengannya..

Ibu ku pernah berkata..
Wan..paksaan bukanlah satu senjata yang baik untuk dikenakan kepada tiap-tiap insan..
Dan paksaan tidak juga dapat melahirkan pendamaian..
Dengan kata-kata tersebut aku fahamlah dengan terang akan maksud ibuku itu sebagaimana terangnya pengetahuanku pada kira-kira satu campur satu jadi dua..

Si Lara Dengan Skuter Besi Nya

7 comments:

.ellnadj. said...

terkelu lidah..
huh.
gud luck!;p

Nor Ridhuan said...

simpul kan lidah anda menjadi huruf Y

hehehe

trima kaseh kerana membaca.

lynda said...

alamkk..ayt tu aduiiiiiii haii

Nor Ridhuan said...

nantikan sambungan nya..

bertajuk Mesej Dari Belgium

nurul said...

sesi meluahkan prasaan nmpak..
hehe..
papepon truskan perjuangan anda
di uniKL..
chaiyok!! chaiyok!!

yayaLurvyous♥much said...

bertuah badab..ade gak org wat cerita tentang org yg disayang...cukup bmakne org ni kan...

Nor Ridhuan said...

hanya kawan..tidak lebih dari itu.