Sunday, July 31, 2011

Cuba Melangkah Kehadapan

As salam.
Hari ini genap seminggu aku melaporkan diri "internship exchange student program".
Diam² tinggal 25hari sahaja lagi aku mengukuhkan "skill" aku yang tak seberapa.
Sibuk dia susah nak digambarkan dengan kata²
Ditambah pula cara kerja "profesional tahap tinggi" dari UniKL Miit :P

Sejak melapor diri,aku perasan terlampau banyak sangat politik di tingkat 25.
Masing² cuba jaga "bontot" masing² dan cuba tabur pasir periuk nasi masing².
Fuhh takut aku melihat. Adakah begini suasana berkerja?
Sadis aku katakan kerana mereka semua berbangsa melayu.

"Arghh tolak tepi itu semua, janji kerja aku siap!!"
Esok dah mula puasa dan malam ini sudah bermulanya solat terawikh.
InsyaAllah aku puasa penuh lagi tahun ini dan cuba tidak "ngelat" pergi terawikh.
InsyaAllah. :)



Semakin hari semakin takut aku mengadap realiti
Macam berat kaki aku nak melangkah kehadapan
Sedangkan aku sudah jauh ditinggalkan rakan² sekolah aku
Masihkah aku belum lagi sedar dengan apa yang sudah berlaku? Sampai bila?

Aku berharap sangat dapat berjumpa siDia.
Sebelum aku pergi meninggalkan Malaysia, rindu pada siDia tidak terkata.
Ingatkah siDia kepada aku?
Hanya Allah yang mampu mengubat dan menguatkan hati aku ini.

#aku memang tiada idea sebenarnya dicampur sibuk dan rindu siDia yang bukan lagi teman hidup ku. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432 Hijri. Puasa Jangan Tak Puasa!

SiLaraDenganSkuterBesiNya

2 comments:

ans said...

lama bena tak update,ko masih kat kl ke?selamat berpuasa we,teringat plak aku puasa kat kl dulu,bukak kat bus stop minum air kotak sorang2,lonely gile haha

Nor Ridhuan said...

bukan taknak update, aku kusut gila ditambahkan dengan bizi tak tentu masa..kalau ko sebut pasal berbuka puasa..sadis aku tahun ni..aku kat kl lagi..25hb aku fly