Monday, May 30, 2011

Tidak Ada Esok


Hampir 7 tahun kita telah bertempur dengan gagah perkasa,
Segala ombak badai kita mampu mengubah.
Semua Itu Hilang Sekelip Mata. Ya Sekelip mata.

Sejam lagi matahari akan terbenam,
Tetapi langit disebelah barat mulai ungu sedikit lebam,
Tipis tidak kelihatan.

Begitulah perasaan aku terhadap hubungan kita,
Seperti murungnya betapa mentari timur,
Demi cinta kita yang luhur.

Kuraih awam bulu biri - biri,Dalam jernih kasih diputih buih,
Bagai dimata pelaut musim bimbang,
Didada laut musim gelombang.

Jangan kau pertikaikan kuasa Tuhan,
Banyaknya dosa dari pahala,
Pelbagai kisah suka dan duka kita lalui bersama.

Maafkan Aku, Maafkan Aku, Maafkan Aku.
Kalau kau tahu akan maksudku,
Sudah tentu kau akan menyesal apa yang kau lemparkan kepada ku.

Semoga Kau Sukses Dalam Hidup
Tidak mampu lagi aku menidakkan "Jodoh Pertemuan itu Ketentuan Tuhan"
Semoga Allah Merahmati Kau Sekeluarga

30 November 2005 - 30 May 2011

SiLaraDenganSkuterBesiNya

2 comments:

nor nadia abdul rahim said...

semoga engkau tabah dengan ujian yg engkau terima kerana sesungguh engkau mampu harungi ia dengan perit dan luka .. dan suatu hari engkau akan berasa bertuah kerana engkau dapat lalui hari2 luka begini

Nor Ridhuan said...

Terima Kasih :(