Monday, August 24, 2009

Ulang Tahun Tinggal Mimpi



semalam,
aku mimpi kau,
berdua dengan dia,
nampak sangat gembira bersama,
dulu kita tak nampak macam tu,
banyak yang aku ketinggalan,
kalau dulu aku yang paling cepat tahu,
itu pun kalau kau bagitahu aku,
selalu kau pendam kat aku,

sekarang,
kalau nak tahu khabar kau,
tunggu 3 kali keliling kau cerita kat orang,
baru aku dapat tahu,
aku rasa kalau kau terberanak pun,
anak kau yang bagi tahu aku dulu,

tapi aku tak kisahla,
siapa aku nak sibuk pasal kau,
kau tak hairan pun dengan aku,
aku bukan sugar muffin kau,
kau bukan precious aku,

dulu,
masa kau tinggalkan aku,
kau cakap suatu hari kelak,
aku akan berterima kasih kat kau,
aku ingat,sekadar nak nampak baik,
kau cakap macam tu,
sekarang aku dah faham,

aku berterima kasih dengan kau,
kalau kau tak khianat aku dulu,
mungkin sekarang aku bahagia,
mungkin kau dah sakit jiwa,

kalau kau tak tipu aku dulu,
aku tak tahu kau tipu diri sendiri,
mungkin sampai sekarang aku masih kena tipu,
mungkin kau nak menggatal pun keluar curi-curi,

tapi aku tahu kau suci,
puasa cukup,sembahyang lebih,
masuk universiti bertaraf tinggi,
cuma aku bukan orang yang terpilih.

Si Lara Dengan Skuter Besi Nya

**credit untuk sahabat ku Bob Sarawak (Bila Lagi Mahu Ketemu?)

7 comments:

Anas Sir Jahat said...

uikss,cantek gambar bro,hahaha nasib kite serupe ke?

Nor Ridhuan said...

hahah

senasib la kita..

.ellnadj. said...

mcm sedhey je entry nih...

Sue May said...

Okayy this is a good piece of writing. Keep on writing wan! :)

Nor Ridhuan said...

ella: sedey dier xla sesedey xmasuk exam heuheu.

thx kerana membaca

Cuemay:Thx Cuemay!! Thx for reading

missn-eisya said...

sedih dowh aku bace~

Nor Ridhuan said...

Eika:berat mata memandang,

berat lagi bahu yang memikulnya.