Monday, August 31, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka?



Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!
Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!
Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!
Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!

Sedar atau tidak.. sudah 52 tahun negara kita merdeka..
Pada malam ini aku leka bermain "game" di komputer..
Sahabat² aku semua sibuk memikirkan kemana hendak lepak pada malam merdeka..Malam merdeka la katakan..tidak merdekalah bagi mereka jika melepak bilik sahaja..
Aku tidak tahu mengapa aku malas sangat nak keluar malam ini..

Bila datangnya Hari Merdeka..aku mesti teringatkan sahabat sekolahku..
Dia seorang yang buta sejarah..mana tidak nya setiap kali subjek itu mesti dia tidur..
Aku pun apa kurangnya..tapi aku tidaklah sampai gagal dalam Spm..
Boleh ke dia samakan Datuk Onn Jaafar dengan selebriti Jaafar Onn?..

Ketawa kecil aku sendirian..

Bila disebut Datuk Onn Jaafar,aku teringatkan anaknya Tun Hussein Onn..
Perdana menteri Malaysia yang ketiga..Betul tak?
Sempena hari merdeka yang ke 52 ni aku nak ceritakan seorang tokoh..
Tetapi bukan tentang Tun Hussein Onn..(ada kena mengena jugak lah dalam cerita ni).
Kenal kah anda dengan Allahyarham Datuk Harun Idris? Siapa kenal angkat tangan..

Allahyarham Datuk Harun Idris aka. Legenda Ketua Pemuda UMNO LAMA..
Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pemuda UMNO..
Seorang tokoh pemimpin yang mengamalkan politik liberal..
Menegur ketika perlu dan bekerjasama dengan sesiapa saja dalam kerja-kerja kebajikan..
Seorang Tokoh Legenda yang terlalu banyak berjasa pada agama, bangsa dan negara..
Terutama kepada bangsa Melayu kita..

Segala jasa dan pengorbanan besar Allahyarham Datuk Harun Idris harus kita kenang sampai bila-bila dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya.
Jangan sesekali kita lupa bahawa Datuk Harun Idris lah tokoh yang telah membawa Tun Dr. Mahathir masuk kembali kedalam UMNO, setelah Che Det dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.Peranan Datuk harun yang berusaha memujuk Tun Dr Mahathir ketika itu merupakan satu catatan sejarah..

Hri ini tiada lagi tokoh yang mampu bermain"Politics Boxing" seperti beliau..
Tun Razak dan kabinetnya berkali² dijadikan "Punching Bag" oleh Datuk Harun..
Istilah "Kerajaan Dalam Kerajaan"memang begitu sinonim dengan beliau..
Disebabkan Orang Melayu ni penuh dengan hasad dengki..
Kerana takutkan jawatannya digugat..last-last bila Arwah Tun Hussien Onn jadi PM..

Tun bukak satu file dan charge Datuk Harun dekat Mahkamah..
Atas dakwaan rasuah dan pecah amanah..betul ke tidak itu belakang kira..
Yang penting kasi tutup itu mulut "lancang kuning" Si Harun.
Masuk jel...tutup file..habis cerita..mudahkan..
Singkatnya pemikiran seorang PM pada ketika itu..

Datuk Harun Idris juga satu nama besar bagi anak² melayu muda di Kuala Lumpur..
Kampung Baru tentunya..bila pecah saja perang perkauman yanng dikenali sebagai
Tragedi 13 Mei!! Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada waktu itu betul-betul disebelah jalanraya berhadapan dengan Kampung Baru Kuala Lumpur..
terus menjadi tumpuan bangsa melayu yang hati sedang terbakar dan menuntut pembelaan.

Mengikut cerita oleh 'Orang-Orang Lama Kampung Baru', hanya 2 tempat saja yang dijadikan oleh orang-orang melayu sebagai benteng pertahanan terakhir. Pertama Masjid Jamek Kg, Baru. Kedua, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Mereka berkumpul disana. Hari yang gempar bersama peristiwa gempar. Beliau menjadi pembela kaum Melayu pada hari-hari berdarah tersebut.

Rusuhan besar terjadi.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.Akibat daripada tindakan yang dilakukan orang² cina, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun yang sedih dan sedikit terkilan, disaat-saat akhir hidupnya, beliau dilayan dengan sebelah mata, ibarat ‘Habis Madu Sepah Dibuang’, kerana ditakuti oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik diatas kembalinya semula beliau kepada UMNO (BARU). Walaupun begitu 'Hubungan Istimewa' Datuk Harun dengan Pihak Istana Selangor terus berjalan seperti biasa dan menjadi semakin akrab.

UMNO MEMERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI DATUK HARUN IDRIS JIKA SAYANG

AKAN BANGSA MELAYU DARI TERUS DITINDAS


"HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA DAN JASA BAIK..."


Sempena Hari Merdeka yang ke 52 ini..

Al-Fatehah buat Datuk Harun Idris. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat-NYA. Anak-anak muda hari ini kenal siapa dia Datuk Harun?


Merdeka!

Si Lara Dengan Skuter Besi Nya

4 comments:

Anas Sir Jahat said...

selamat menyambut hari kemerdekaan,
yup saya pun kurang mengenali cuma pernah mendengar namanya melalui cerita 13 mei dan sedikit sejarah-sejarah lain.

Nor Ridhuan said...

beliau harus dikenang ..

seorang pejuang bangsa melayu..

jatuh nya dia kerana sifat dengki seseorang yang tamak kan pangkat dan status..

marilah kita sedekahkan al-fatehah buat arwah..

p/s:bob..hero sarawak ceritala skit..Rosli dhobi..sempena merdeka ni..=)

.ella ainnadjla. said...

oh i love sejarah time skool..
tapi nama dia macam xpnh dgr atau mungkin ella terlupa siapakah dia...

btw

selamat hari merdeka malaysia!

*al-fatihah buat almarhum.

Anas Sir Jahat said...

sorry la bro,tak terlintas pun nak buat,nak mencari isi pun takde :P,bukan tak mengenang,tapi diri sendiri masih bergenang.