Wednesday, June 29, 2011

Subhanallah. La Tahzan Innallaha Ma'ana



Maafkanlah aku kerana aku mahu kau bahagia :")

SiLaraDenganSkuterBesiNya

Monday, June 27, 2011

Bullet Proof..I Wish I Was

Orang Selalu Berkata..
Pengalaman adalah guru yang paling kejam.
Aku Setuju Kata² Mereka..
Sebab ia menguji terlebih dahulu,
Kemudiannya baru memberi pengajaran..

Begitulah hidup kita..
Masing² ada cerita suka duka..
Semua mengharap berada dilandasan yang benar..
Tetapi kita berjalan seperti orang buta mata, buta jiwa..

Manusia memang suka cakap tak serupa bikin..
Dulu lain,sekarang lain..yeah "People Always Change"..
2005 aku mampu lagi isi minyak Ron97, siap "Up" lagi isi Vpower..
2011 aku nak isi ron95 penuh pun dah perit mengeluh..

Mahu atau tidak, hidup aku mesti diteruskan..
Masa sayang dipuja, diangkat dan ditimang²kan..
Masa benci dicaci, dimaki dan disumpah..
Dimana kau simpan sifat kejujuran dan keikhlasan kau?.

Sampai masa aku tidak akan meminta..
Untuk diperlakukan istimewa..aku jelak menunggu..
Cukup yang sederhana,Yang biasa saja..
Juga apa adanya..Tapi sampai bila?.

Perlukah siapa aku dijaja..keburukan aku?
Sedangkan aku hanya tidak terikut perintah kau..
Meraih kasih kau semata²..menipu jiwa aku yang kecewa..
Sedangkan aku tidak lagi mampu..Jemukah engkau menunggu ku jemu?.

Betul kata sahabat aku..
"Ada dua jalan,
Kedua-duanya perlu bayaran,
Aku tidak punya wang dan kelulusan,
Yang ada sebagai ganti hanya kesakitan,
Kedua-duanya menuntut penyeksaan,
Bila kau gagal menuntut kelayakan,"

Maafkan aku,
Aku cuma mahu berlaku adil kepada diri ku.

SiLaraDenganSkuterBesiNya