Monday, May 30, 2011

Tidak Ada Esok


Hampir 7 tahun kita telah bertempur dengan gagah perkasa,
Segala ombak badai kita mampu mengubah.
Semua Itu Hilang Sekelip Mata. Ya Sekelip mata.

Sejam lagi matahari akan terbenam,
Tetapi langit disebelah barat mulai ungu sedikit lebam,
Tipis tidak kelihatan.

Begitulah perasaan aku terhadap hubungan kita,
Seperti murungnya betapa mentari timur,
Demi cinta kita yang luhur.

Kuraih awam bulu biri - biri,Dalam jernih kasih diputih buih,
Bagai dimata pelaut musim bimbang,
Didada laut musim gelombang.

Jangan kau pertikaikan kuasa Tuhan,
Banyaknya dosa dari pahala,
Pelbagai kisah suka dan duka kita lalui bersama.

Maafkan Aku, Maafkan Aku, Maafkan Aku.
Kalau kau tahu akan maksudku,
Sudah tentu kau akan menyesal apa yang kau lemparkan kepada ku.

Semoga Kau Sukses Dalam Hidup
Tidak mampu lagi aku menidakkan "Jodoh Pertemuan itu Ketentuan Tuhan"
Semoga Allah Merahmati Kau Sekeluarga

30 November 2005 - 30 May 2011

SiLaraDenganSkuterBesiNya

Monday, May 9, 2011

Totally Insane by Danny MacAskill

Hari ini aku nak shared video best
Sedang aku tension study + demam yg hampir di penghujung
aku belek² youtube
last sekali aku jumpa mamat ni.
Danny MacAskill Si Gila Street Bike.
Menghangatkan lagi budak² basikal jalanan :D



SiLaraDenganSkuterBesiNya

Wednesday, May 4, 2011

Satu Tumbang ; Lagi Lima



Doakan Aku Berjaya
Bercampur Gaul Emosi Demam Dan Sakit Tekak.
Terpaksa Berpisah Seketika Dengan Mu Wahai ROKOK. :(

SiLaraDenganSkuterBesiNya

Monday, April 25, 2011

Suara Anak Kecil


Siapa Cipta Lagu Ini? :)
Tak Perlu Mentor,Tak Perlu AF & Tak Perlu Aswara = Terbaik Dari Indonesia

SiLaraDenganSkuterBesiNya

How Much I Love You/Her


Tiap Kali Nak Final Exam "Kau" Datang.
Tak berminat untuk post sebarang entri buat masa ini :(

SiLaraDenganSkuterBesiNya

Saturday, March 26, 2011

Sistem


Aku dah lama tak update blog.
Bukan apa, aku sudah dilanda kesibukan dan masalah.
Satu demi satu datang.
Baik peribadi mahupun sekeliling.
Sudah belajar samapi Phd pulak bila difikirkan.
Bukan kata nak menyalahkan sesiapa.
Semakin diselidik,difikir dan aku sedar.

Aku pun terkena macam Bob Lokman.
Aku rasa aku ada masalah dalam sistem kehidupan.
Aku rasa aku ada masalah dalam sistem pengajian.
Aku rasa aku ada masalah dalam sistem pergaulan.
Aku rasa aku ada masalah dalam sistem masyarakat.
Aku rasa aku ada masalah dalam sistem persahabatan.
Aku rasa aku ada masalah dalam sistem kejujuran.

Aku tahu yang aku jenis lantang bersuara
Jika benda yang aku tahu tidak betul.
Aku tahu yang aku jenis Aggressive
Jika aku minat dan cuba mendapatkannya.
Aku tahu yang aku jenis "kasar" bila berkata
Jika aku rasa aku "selesa" berbual dengan mereka.

Bukan aku hendak menegak benang yang basah.
Tetapi adil ke aku yang manusia serupa dengan kalian dilayan begini?
Suku abad aku hidup, aku memang hidup dikelilingi kawan².
Tetapi aku rasa makin lama,aku makin kurang selesa berdamping dengan kalian, kenapa?
Dimana silapnya?

Hampir 6 tahun aku abdikan diri aku dalam bidang komputer.
Aku masih lagi merangkak dan kebelakang dari kalian.
Hampir 6 tahun aku abdikan diri aku dalam bidang komputer.
Aku masih lagi tak dapat kuasai sesuatu subjek.
Hampir 6 tahun aku abdikan diri aku dalam bidang komputer.
Aku rasa macam aku buangkan duit keluargaku.
Hampir 6 tahun aku abdikan diri aku dalam bidang komputer.
Aku rasa dah lama sangat aku tipu diri sendiri.

Aku minta jasa baik kalian,
Bantulah aku sebagai seorang Islam.
Bantulah aku sebagai seorang sahabat.
Aku hanya minta sedikit kejujuran dan kehidupan.
Bimbinglah aku yang naif ini.


SiLaraDenganSkuterBesiNya

Wednesday, December 22, 2010

I'll make her an offer she can't refuse



If you don't want to tell me everything, that's fine. Just don't lie to me

SiLaraDenganSkuterBesiNya