Thursday, January 17, 2013

Life's hard. It's even harder when you're stupid



Welcome to New Life, New World & New Journey. Come On RIDHUAN you can Do It!!

SiLaraMasihLagiSetiaDenganSkuterBesiNya ^^"

P/S :.Dapatkan plan perlindungan kewangan TAKAFUL dengan PRUBSN Takaful. Plan Komprehensif untuk anda sekeluarga. Boleh hubungi saya :017-2076269 @ BBM:22ED8242 (Nor Ridhuan) BBMuntuk khidmat nasihat kewangan percuma. Sediakan Payung Sebelum Hujan ^^"

Wednesday, January 2, 2013

2012 Sekilas Hali Lintar - 2013 Datang Dengan Senyuman

As salam,
Setahun menyepi bukan apa.
Sibuk habiskan final year project aku ditambah pulak dengan 3 subjek yang amatlah melecehkan.

Hidup seperti biasa..
Mengadap laptop dan dua kotak rokok disebelah.
Bertungkus lumus mentiapkan semua kerja.. kelam kabut jugak la tahun 2012.

Ada manis, ada masam, ada pahit..macam² la beb..
Tapi aku puas hati dengan apa yang aku usahakan selama ini..
Tidak tergambar dengan kata²..
sedih jugak bila dah habis belajar..

Dalam aku sibuk menyiapkan final project aku.. aku dimasukkan ke Hospital selama seminggu setengah..
Ini semua DENGGI punya pasal.. tak tahu dari mana aku dapat penyakit ni..
Sama ada masa aku kat Kemboja atau pon area rumah..

Dalam tahun 2012 jugak banyak benda baru..
Dari seorang yang "heavy smokers" sekarang aku dah kurang dan hampir berhenti..
Berjaya jugaklah mak ayah aku dan orang sekeliling membebel kepada aku..
Mana tidaknya..hampir dua minggu dalam wad aku tak merokok..
Nak keluar isap rokok jauh pulak..

Kawan dan Lawan  datang dan pergi seperti biasa..
Tapi semua ni berjaya menguatkan lagi semangat aku untuk terus mara kehadapan..
Ditemani "Bunga" yang kadang² durinya memberi kesan kepada aku..
Sedar tak sedar..aku semakin berfikiran positif..insyaAllah dengan berkat dariNya, semua akan berjalan dengan lancar..

Sekarang aku bukan lagi pelajar sepenuh masa..
Aku kembali sebagai "job hunter" ..hahaha..bosan sial..padahal baru sebulan habis.
Guitar kesayangan aku telah ku jual..nak hidup beb..cuma tgl vespa aku je lagi peneman..(insyaAllah aku sevice balik dan jaga dengan baik)
Semoga tahun baru 2013 ni memberi kebaikan dan hidup aku lebih diberkati.. Amin ya rabbal alamin.

SiLaraDenganSkuterBesiNya

Inilah "bunga" yang hampir 80% menjadi pilihan keluarga aku.. ^^

Thursday, January 5, 2012

Assalamualaikum Tahun 2012

Aku Sudah Pulang Ke Tanah Air &
Aku Perlukan Sedikit Masa Untuk Ceritakan Semuanya.

SiLaraDenganSkuterBesiNya Ada Cerita Dan Azam Baru :)

Tuesday, November 1, 2011

Dear November, Here We Are :'B




Sudah 2 Bulan Setengah Di Perantauan..
Aku Sibuk Gila Sial Dekat Sini..
Tak Sempat Langsung Nak Upload Cerita Sepanjang Aku Dekat Sini..
Cuaca Disini Tidak Menentu, Begitu Jugak Mood Aku..
Yang Pasti Aku Tak Tahan Sejuk..
Minggu Ini Hari Akhir Aku Menyiapkan Diri Sebelum Dikunjungi Wakil UniKL Untuk Mengadili Dan Menilai Hasil Kerja Aku Sepanjang Aku Disini..
Dan Minggu Ini Juga Aku Ada Mid Term Korean Language..
Aigo..Satu Apa Pon Aku Tak Hafal Lagi
Doakan Aku Ya Sahabat..


Keluh Kesah Tiada Guna..
Hanya Terus Berdoa Dan Percaya Kehendak NYA..


Cuba Terus Melangkah Maju Menongkah Arus..
SiLaraDenganSkuterBesiNya

Tuesday, September 27, 2011

Allah Hu Rabbi :")

Genab Sebulan Aku Di Korea.
Sibuk Tiada Masa Update.
Mungkin Ada Masa Aku Update.
Cuma Mahu Berkongsi Apa Yang Terbuku Dalam Hati Aku Sekarang :")



Sama - Sama Kita Kembali.
Jauh Di Sudut Hati Ini Membuang Kamu.
Ampunkanlah Semua Dosa - Dosa Semua Saudara - Saudara Seislam Aku.

SiLaraDenganSkuterBesiNya

Friday, August 26, 2011

Seoul, Here I Come = 서울, 내가 간다


(Ahha tajuk tuh aku direct translate je..tak tahu betul ke salah dlm bahasa Korea)

As Salam.
Hari ini 26 August 2011 bersamaan 26 Ramadhan 1432 Hijriah.
Aku Selamat Sampai Ke Hanyang University,Seoul,South Korea.
Tak Sempat Nak Update Lagi..Baru Kemas Bilik.
Penat 6 jam atas flight tak habis lagi ( UniKL budget pakai duit IMM bagi seat economy)




Waktu Senja Atas Awan




Padah Akibat Lambat Order Makanan Untuk Berbuka Puasa :D




Bersama Ahmad Shafiq Zaini ,Wakil Untuk UniKL Miit City Campus




Bersama Wafi Dan Lynda ,Wakil Untuk UniKL BMI ( Shafiq Inter frame :B)




Start Muka Toye Kata Mak Aku :")







Muka Sedih Ingat Dekat Mak :')


Gambar² yang lain akan di update kemudian.

Sunday, July 31, 2011

Cuba Melangkah Kehadapan

As salam.
Hari ini genap seminggu aku melaporkan diri "internship exchange student program".
Diam² tinggal 25hari sahaja lagi aku mengukuhkan "skill" aku yang tak seberapa.
Sibuk dia susah nak digambarkan dengan kata²
Ditambah pula cara kerja "profesional tahap tinggi" dari UniKL Miit :P

Sejak melapor diri,aku perasan terlampau banyak sangat politik di tingkat 25.
Masing² cuba jaga "bontot" masing² dan cuba tabur pasir periuk nasi masing².
Fuhh takut aku melihat. Adakah begini suasana berkerja?
Sadis aku katakan kerana mereka semua berbangsa melayu.

"Arghh tolak tepi itu semua, janji kerja aku siap!!"
Esok dah mula puasa dan malam ini sudah bermulanya solat terawikh.
InsyaAllah aku puasa penuh lagi tahun ini dan cuba tidak "ngelat" pergi terawikh.
InsyaAllah. :)



Semakin hari semakin takut aku mengadap realiti
Macam berat kaki aku nak melangkah kehadapan
Sedangkan aku sudah jauh ditinggalkan rakan² sekolah aku
Masihkah aku belum lagi sedar dengan apa yang sudah berlaku? Sampai bila?

Aku berharap sangat dapat berjumpa siDia.
Sebelum aku pergi meninggalkan Malaysia, rindu pada siDia tidak terkata.
Ingatkah siDia kepada aku?
Hanya Allah yang mampu mengubat dan menguatkan hati aku ini.

#aku memang tiada idea sebenarnya dicampur sibuk dan rindu siDia yang bukan lagi teman hidup ku. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432 Hijri. Puasa Jangan Tak Puasa!

SiLaraDenganSkuterBesiNya